save for GAZA di bangi

Aman Palestin dengan kerjasama Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi akan mengadakan program pelancaran “KEMPEN BANTULAH GAZA” bermula dari 24 Januari hingga 7 Februari.

Program ini dianjurkan bagi memberikan sokongan moral dan rasa tanggungjawab kita bersama sebagai muslim yang bersaudara yang cintakan keamanan serta bencikan kezaliman. Bumi Palestin diancam peperangan yang meragut nyawa umat Islam yang tidak berdosa akibat kekejaman zionis Israel.

Gaza terus merintih dan merayu di bawah himpitan kepungan dan serangan, rumah dan penempatan dimusnahkan, kanak-kanak dan wanita menjadi pelarian, ubat-ubatan kehabisan, keperluan hospital semakin mendesak, tenaga elektrik terputus, kanak-kanak kelaparan dan pesakit-pesakit yang cedera menunggu saat kematian menjelma.

Kesimpulannya Gaza berhadapan jenayah kemanusiaan yang tiada tandingannya di abad ini. Bagi merealisasikan program ini marilah sama-sama kita menghulurkan bantuan derma serta memboikot barangan Yahudi dan konco-konconya.

Objektif:

  1. Mengumpul dana untuk disalurkan kepada rakyat Palestin yang ditindas melalui tabung Aman Palestin;
  2. Menerangkan keadaan dan masalah sebenar umat Islam yang ditindas oleh rejim Yahudi;
  3. Membangkitkan semangat persaudaraan seIslam dan semangat jihad dalam diri setiap muslim;
  4. Menjalinkan hubungan kerjasama di antara Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi dengan pertubuhan-pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) bagi menguruskan dana bantuan umat Islam di Palestin;
  5. Menanamkan kesedaran di jiwa anak bangsa tentang bencikan peperangan, cintakan keamanan; dan
  6. Menyahut respon umat Islam terhadap kedurjanaan zionis.
You, you’re not aware
That we’re aware
Of your despair
Don’t show your tears
To your oppressor
Don’t show your tears

CHORUS:
Try not to cry little one
You’re not alone
I’ll stand by you
Try not to cry little one
My heart is your stone
I’ll throw with you

Isam:
‘Ayn Jalut where David slew Goliath
This very same place that we be at
Passing through the sands of times
This land’s been the victim of countless crimes
From Crusaders and Mongols
To the present aggression
Then the Franks, now even a crueller oppression
If these walls could speak,
Imagine what would they say

For me in this path that I walk on
There’s only one way
Bullets may kill, bones may break
Still I throw stones like David before me and I say

CHORUS

You, you’re not aware
That we’re aware
Of your despair
Your nightmares will end
This I promise, I promise

CHORUS

Lenny:
No llores, no pierdas la fe
La sed la calma el que haze
Agua de la arena
Y tu que te levantas con orgullo entre las piedras
Haz hecho mares de este polvo
Don’t cry, don’t lose faith
The one who made water come out of the sand
Is the one who quenches the thirst
And you who rise proud from between the stones
Have made oceans from this dust

Waqas:
I throw stones at my eyes
‘Cause for way too long they’ve been dry
Plus they see what they shouldn’t from oppressed babies to thighs
I throw stones at my tongue
‘Cause it should really keep it’s peace
I throw stones at my feet
‘Cause they stray and lead to defeat
A couple of big ones at my heart
‘Cause the thing is freezing cold
But my nafs is still alive
And kicking unstoppable and on a roll
I throw bricks at the devil so I’ll be sure to hit him
But first at the man in the mirror
So I can chase out the venom

Isam:
Hmm, a little boy shot in the head
Just another kid sent out to get some bread
Not the first murder nor the last
Again and again a repetition of the past
Since the very first day same story
Young ones, old ones, some glory
How can it be, has the whole world turned blind?
Or is it just ’cause it’s only affecting my kind!
If these walls could speak,
Imagine what would they say
For me in this path that I walk on
There’s only one way
Bullets may kill, bones may break
Still I throw stones like David before me and I say

CHORUS

obama-haniyeh

Presiden Amerika, Barack Obama (kiri) dari Parti Democrat dan PM Palestin, Ismail Haniyeh (kanan) dari HAMAS.

Setelah Israel dan Pentadbiran Bush gagal menawan Gaza, ke arah menghukum pemimpin HAMAS seperti Saddam Hussein dan menjajah kembali umat Gaza, Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh (HAMAS) mengutus surat kepada Presiden Amerika, Barack Obama, orang kulit hitam pertama memimpin Amerika dan dunia, setelah berdekad umat kulit hitam berjuang menuntut keadilan di bumi Amerika.

“Sungguh kamu telah berjaya melangkah jauh, bermula dari hari dimana manusia memperhambakan manusia lain, hari-hari dimana rantai apartheid di Amerika membelenggu manusia, sedang fitrah manusia mendambakan kemuliaan dan kesejahteraan. Umat yang bangkit ialah umat yang tidak mahu menyerah kepada Syaitan. Perjuangan Kebebasan dan mencari Keadilan bermula di detik dimana Kejahatan mehu memaksa kemahuan jahat mereka …”.

“Martin Luther, Malcom X dll menolak kepercayaan bahawa bank Keadilan telah bengkrap. Masih ada di sana harapan. Selepas berdekad berlalunya perjalanan menuju Keadilan yang didamba semua pihak, sebelumnya hak mengundi adalah mimpi disiang hari bagi orang kulit hitam di Amerika, kini kita menyaksikan zaman dimana seorang rakyat Amerika dari asal usul Afrika, penuh dengan semangat dan cita-cita, dipilih rakyat menjawat jawatan tertinggi di muka bumi. Ini bukan sahaja mencetus ilham bagi masyarakat kulit hitam semata-mata, bahkan bagi kesemua masyarakat di dunia yang masih mengimpikan kenikmatan Kebebasan dari taasub membabi buta disuatu hari nanti”.

Didalam surat tersebut, Haniyeh mengucapkan tahniah atas jawatan baru yang dipegang Obama dan menyatakan bahawa Palestin adalah satu-satunya pintu masuk ke Dunia Islam dan kunci kepada pintu Palestin ialah Keadilan dan Kebebasan bagi umat Palestin. “Kami menunggu dan mengalu-alukan semua orang yang mahu melalui Pintu tersebut. Kami juga berharap ianya tidak mengambil masa yang lama dari sekarang”. “Kejayaan di Amerika ini bukan satu-satunya di dunia, bahkan di sana contoh-contoh lain yang banyak yang akhirnya mencapai apa yang kita sama-sama cita-citakan seperti halnya di Afrika Selatan (sistem Apartheid berjaya dibenteras). Dalam masa yang sama sebahagian umat lain masih bertarung seperti halnya di Palestin”.

org-dihimpit 

Haniyeh juga menambah, “Tidak mungkin kami akan redha kepada kezaliman selagi mana kami terus menjadi mangsa kekejaman yang dilakukan oleh tentera Penjajah. Seramai 1330 yang terbunuh dan 5500 yang cedera di Gaza bukan disebabkan pegangan politik tertentu mereka, sebaliknya ia adalah disebabkan umat Palestin mencari Kebebasan”. Haniyeh berharap Obama berusaha membaiki kesilapan-kesilapan pentadbiran Bush, dimana masyarakat antarabangsa sedang memerhati dan meletakkan pengharapan kepada beliau, agar jangan menghampakan harapan mereka.

barack-o

Di depan Barack Obama mengenai isu Palestin adalah seperti berikut :

  1. Adakah Amerika akan mengadakan hubungan dengan HAMAS ? Ini pernah berlaku setelah 13 tahun Amerika memutus hubungan dengan PLO, akhirnya berhubung juga.
  2. Adakah Obama akan meneruskan strategi memusnahkan atau melemahkan HAMAS, seperti yang dilakukan oleh presiden-presiden Amerika yang lalu ?
  3. Adakah Obama, seorang berkulit hitam di Amerika yang Apartheid berjaya ditamatkan, akan berpegang dengan prinsip yang sama menghapuskan atau sekurang-kurangnya meredakan sokongan terhadap Apartheid yang diamalkan oleh Yahudi di Palestin ?
  4. Adakah Amerika akan menaja atau mendokong  perang Israel – Palestin lagi sekali selama 4 -5 tahun beliau memerintah ?
  5. Adakah HAMAS boleh diubah Fikrahnya dari membebaskan Palestin dengan Jihad kepada mengiktiraf “Israel” dan melucutkan senjata mereka dengan rela, seperti yang akhirnya berjaya dilakukan terhadap FATAH/PLO dengan tawaran pakej ekonomi yang menarik ? Presiden Bush pernah membuat tawaran tersebut tetapi tidak disambut oleh HAMAS, wakil rakyat Palestin yang sah.

Ustaz Halim INIJALANKU www.inijalanku.wordpress.com

1) situasi satu
”bagus2 your presentation..i suka tgk ur slides td..isu yang besar..tp i TAK SETUJU SANGAT la dgn ur idea to boikot2 ni..what’s sort of  hujah u nk pakai utk kata brg2 tu sumbang pd israel..to what extend u boleh confirm israel dpt duit2 from product2 ni..’ ‘ (smbil muka memandang sinis sekali..)

-hmm..oh..ok..sy mmg ada hujah..tp satu la..kalau x stuju pun, tayah la ckp sampai mcm tu kat sy..-

“ye la mcm McD tu..kalau betul kne boikot, apesal JAKIM kasi tanda halal..? i ahli PPIM..mcD halal je..”

-hmm..i’m not talking about the halal content..hmm..it’s all about where the money goes..better we stop this argument..jap lg meeting nk start..”

”ok..!”

(huhu..terus berlalu sbb tiba2 rasa sebak sgt..masih ramai lg yg x tahu..dan at the same time terkedu bile dihentam sebegitu rupe dpn semua staff kat department sy..tak pe..i’ll take this challenge..!)

beberapa mins kemudian..dlm meeting room..

”b4 we start the meeting, kita sedekahkan al-fatihah pd pejuang2 di Gaza..”

-(dlm hati, dia ni nk amek hati aku ke..td hentam dasyat2..huhu..tak pe lah..)-

“i bukan apa td..mmg sgt x agree with ur idea of boycott td tu..xkan ler isu palestine besar centu, penyelesaiannyer stakat boycott..”

-(diam seribu bahasa buat seketika..mmg byk nk jwb blk…menyusun strategi utk tembak blk soalan2 provokasi berunsur KBKK pakcik ni..alahai McD..rupanya dia terasa sgt bila ckp kne boikot McD..gugugu…)- 


2) situasi kedua

“akak ni pelik ler..”

-kenapa pulak? amende peliknyer..biase jer…-

”hmm..desktop akak ni slalu ler ade gamba mayat org..aritu budak pecah kepala ni..ni gmba mayat berderet2 pulak..huhu…”

-ggg..tade la mayat mane pon..saje je letak gmba budak2 palestine nih…utk peringatan diri sendiri..nanti2 kite mati gak..-

3) situasi ketiga
ternampak kat status YM..”teringin nyer nk mkn piza..tp apekan daya..utkmu palestin, aku berkorban..”

-akak..sy tringin jugak nk mkn pizza..sobsob..-

”tu lah..”

-xpela..nanti kat syurga kite boleh mkn piza lg best..nyum2..-

”hmm..nk buat piza seniri lah..extra meat..extra cheese..extra vege..yummy2..”

-yesss…best2..-

 

——————————————————————————————————————-

sebetulnya, sehari sebelum rapat umum GAZA kat melawati hari tu, sy di-request oleh tuan director kat opis utk bagi tazkirah pasal palestine time tazkirah session di office..every friday morning, mmg ade slot tazkirah di office, di mana menjadi satu kewajipan utk semua staff hadir..agak cuaklah jugak sy dibuatnya..sbb tak pernah lg bagi pengisian dpn org umum yg dihadiri oleh gol.professional,lelaki perempuan..dpn boss2..managerial level smpai ke level bwh..tp xpe..cabaran disambut baik..jazakunnallah pd akhwt yg tolong sy prepare mlm tu..alhmdllah pejabat aman palestine dkt je ngn rumah..sempat la mereka2 menghulur slides,poster,risalah yang dah tersedia ada..

dlm duk kecoh2 psl isu gaza sekarang, alhmdllah ramai gol. yang sudah bangkit tersedar..hatta gol. artis2 pun duk sebok2 nk menyumbang sesuatu..tp sgt sedih la jugak bila terdapat segelintir gol. yang masih IGNORANT..duk masih nk justify kenapa itu kenapa ini tanpa berusaha sedaya upaya memahami perkara pokok..

lps bg tazkirah aritu, ada yg sgt positif..ada sorg manager ni dtg jumpa sy nk slides n video palestine..sbb nk tunjuk kat anak dia..ada jugak yang nk bli2 buku n sticker palestine..yang agak comel, mcm situasi 3 td tu…comel je kakak tu, baguslah ada rasa nk mujahadah..tp yang paling best..ada kakak ni..”awk bila nk buat lagi mcm ni..buat usrah la ngn akak..” ..terkedu2..

tp, ramai la jgk duk perli2 sy kat ofis..duk panggil sy ustazah la..asal terserempak je, buat2 dialog boikot..tp soalan yang paling bagus sy ditanya ialah..”awk duta palestine ke”..dlm hati sy, dia ni nk provoke aku ke or mmg innocently nak tanya..spontan terjawab..”hmm..kenapa pulak sy jd duta..kite semua la duta sepatutnya..kan kite org islam..”..terus dia senyum..nmpknyer, dia mmg positive thinking lah..tade nk provoke2..

tak kesah ler ustazah ke apa ke..dah lali dah org ckp centu..first time masuk office pun, dah kena cop..tp ada hikmah la jugak bila dpt cahaya islam ketika belajar di oversea..sbb ramai terkejut..apesal ye? budak2 oversea ni salu hancur akhlak ke..? hish..tak semua begitu..tayah gi oversea pun leh hancur gak..tak apa lah..moga kepulangan kami membawa sinar baru ke bumi bertuah…!

apa2 la mad’u2 ku..berbeza betul bila cuba ber-‘tawassul ijtimaie’ di kalangan officemates ni..selalu mad’u remaja belia..bila jumpa org profesional dan agak berumur nih, kena bijak handle juga..mcm situasi first tu..sy rasa terpukul betul time tu..sbb ckp ngn manager tu, agak susah sikit..mmg kena cukup bullets, kalau x parah…

tak apa..masih ada ruang utk diperbaiki skill2 dakwah..terasa tercabar utk betul2 hadam dan mantapkan hafazan dalil2 tentang kisah tanah air kita di sana..jom2…!

moge kamu,saya dilimpahi hidayahNYA..

 

 office-ku, mission in action..!

terasa riuh sikit kat rumah bila cuti sekolah..sbb adik2 sy blk dari asrama..sorg dari batu pahat..sorg dari kajang..sorg dari shah alam..kalau x, sy tinggal keseorangn bersama parents…

masing2 order meng-order makanan dari mak sy..sorg nk roti jala..sorg nk nasik ayam..sorg nk tu, sorg nk ni..mak sy bersungguh masak2 sejak smlm..

ayah sy pun cukup ceria…smlm keluar menunaikan hak mereka ke alamanda..slalu duk jd choc-fudge di kala hujung minggu..hoho..

jauh di sudut keceriaan suasana di rumah..kdg2 terkeluar dari mulut abah ngn mak tentang abg sy yang jauh di mata..

bila lah dia nk blk..huhu

sy tahu abah buat2 ceria kalau teringt kat abg..padahal, dia sedih sebenarnya..ada sekali tu sy tgk mata dia merah tiba-tiba..huhu..agak tersentuh jugak..sbb abah sy garang sebenarnya..sekali dia mengamok, bikin ribut satu rumah..huhu..tp bila melihat air mata seorang ayah jatuh, i can feel his feeling…dia dah rindu yang teramat sgt sama abg…

huhu..

mg sy dpt menggembirakan hati abah ngn mak sentiasa..maafkan anakanda jika pernah melukai hati mu…

sentimental la pulak..huhu

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (at-tahrim:6)

mg jalan dakwah yang sy yakini ini dpt menjadi asbab menyelamatkan mereka2 yang sentiasa bertakhta di hati dan bersama2 bergembira di syurga kelak..

istiqamahkan daku ya rabb..

”nukilan indah romantika kehidupan keluarga teladan praktikal
dalam pentarbiyyahan anak-anak pemimpin, mujtahid dan murabbi agung abad ini..”

masha Allah..

buku ini sgt2 bagus..sy suggest semua org gi carik buku ni, n hadam :) nipis je..ada 75pages, harga RM13..xjumpa kat kedai2 buku agama, gi carik kat perpustakaan negara Malaysia..

alhamdulillah ‘ala kulli hal…

sy skrg ada kat kulim..ada audit fieldwork selama 4hari di client’s office..td ada interview session with auditees..masa duk interview2 tu, sy ttbe mati kutu..tak tahu dah nk korek apa benda dari officer tu..sbb my manager suruh kutip je apa2 findings related to the assessment kali ni..blk HQ, br buat analysis..

tgh2 duk fikir2 tu, tringt masa training dulu..ada sorg boss ni duk ulang2 kat sy..bila da tenggelam ngn byk findings, cuba check n sentiasa check, the objective..is it within the scope or not..

then terus sy tersentak ngn byk benda..

alhamdulillah anyway..

kalau dlm audit assignment tu, mesti focus to objectives yang kita nk achieve, same goes to dlm realiti kehidupan kita, lebih2 lagi dlm mengharungi jalan pentarbiyyahan dan amal..tarbiyyah kita tarbiyyah berobjektif…amal kita ada matlamat…sbb kdg2 takut kite duk tenggelam dlm penat lelah ke sana sini program, tp peningkatan amal, tak selari..huhu..takut2..

dari td benda ni berlegar dlm kepala sy..bermuhasabah of what had happened to me since two weeks ago..sy tahu Allah sgt syg pd sy..sebab tu Allah uji mcm2 menda utk kuatkan hati dlm teruskan perjuangan..tp yg sedihnya, sometimes, i’ve failed..oh hati, sabarlahh..!

ukhti selalu pesan..

tak ada apa yang lebih baik berlaku melainkan dgn apa yang telah berlaku..
Allah tak akan uji seseorang melainkan apa yang dia termampu..
lek2, this is so small..! sgt sikit compared to org2 kat palestine sana tu..

jazakillah ya akhwt..

teringin nak jadi mcm khadijah..
smile in troubles :) sgt cool..!

hmm..

tapi tak apa..dgn islam, kita boleh menjadi org yang hebat kan..x kesah ler walau macamana sekalipun ujian,halangan, dsb..yang penting diri kita…nak ke x nak?

come on akhawat..be strong..!

Allah kan ada =)

dakwah ini terlalu berat..ia memerlukan hati yang kuat, memerlukan hati yang basah, memerlukan segala2nya utk menanggungnya risalah ini..masalah ummah makin dasyat..tanggungjawab berlambak2…alhamdulillah di sebalik noda2 hitam masalah ummah itu, Allah muliakan kita dgn hidayah islam iman ni..

bersabarlah menunggu ketetapan dari Allah kelak nanti..perjalanan kita masih jauh..

masa sebahagian dari rawatan…!

 

kita mulia kerana islam..!

 

 
dan even mulia dari seekor ayamm =)

Thank You Allah :)

hasbunallahu wani’mal wakeel….!

 

yes, Allah is enough for me..!
Allah is enough for you..!
Allah is enough for us..!

“Berlumba-lumbalah kamu kepada (mendapatkan) ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya. Itulah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar.” [aL-Hadid:21]

“Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.” [aL-Hadid:22]

“Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. [Hud: 112] “

“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: “Tuhan kami ialah Allah” kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: “Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu. Kamilah pelindung-pelindungmu dalam kehidupan dunia dan akhirat; di dalamnya kamu memperoleh apa yang kamu inginkan dan memperoleh (pula) di dalamnya apa yang kamu minta.Sebagai hidangan (bagimu) dari Tuhan Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. [fussilat: 30-32]”

” Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: “Tuhan kami ialah Allah”, kemudian mereka tetap istiqamah maka tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan mereka tiada (pula) berduka cita. Mereka itulah penghuni-penghuni surga, mereka kekal di dalamnya; sebagai balasan atas apa yang telah mereka kerjakan. [al-ahqaaf:13-14] “

 

 

Sabarlah wahai diri…!!!!

our national song..!

January 13, 2009

Islami ya qudsu inna lil fida’

Zi yadii in maaddatid-dunya yada
Abadan kan taskiini abada
Innai arju ma’a yaumi ghada

Sejahteralah engkau wahai Quds, sungguh untuk pengorbanan
Kami punyai kekuatan, jika dunia mengerahkan kekuatan
Selamanya, kami takkan menyerah selamanya
Aku berharap bersama hari ini ada hari esok

Huwa ma’ie qalbi wa ‘azmi lil-jihad
La amiilu la amallu la aliin

Bersatu hatiku dan tekadku untuk berjihad
Aku takkan melencong, takkan jemu, takkan berlembut

Laki ya…qudsu salaama wa salaaman ya bilaadii
In rama…baghyus-sihaama, attaqiiha bi fuaadii
Waslami fii kulli hiin

Untukmu, wahai Quds sejahtera, sejahteralah wahai negeriku
Jika musuh menembak dengan peluru, kan ku tahan dengan hatiku
Sejahteralah kau sepanjang masa

Muslimun ana banaani man bana
Masjidal aqsal-lazi ayantana
Waqfatus-sokhrati fiima bainana
Bi wuquufid-dahri waqfati ana

Muslimnya aku, jemariku yang membangun
Masjidil Aqsa yang telah engkau tentukan
Berdirinya Sakhrah di tengah-tengah kami
Sepanjang masa, tempatku berdiri

Lilkifaahi wal jihadi lil bilad
La amiilu la amallu la alin

Untuk perjuangan, dan jihad membela negeri
Aku takkan melencong, takkan jemu, takkan berlembut

Lil ulaa abna’al-qudsi lil ulaa
Wa bi qudsi syarri fil-mustaqbala
Wa fidalli qudsi lid-dunya falaa
Ado’ul islami lillah awwala

Demi kemuliaan, wahai putera puteri Quds, demi kemuliaan
Dengan Quds ini jayakanlah masa hadapan
Tebusan untuk Quds, bukanlah untuk dunia
Letakkanlah Islam hanya untuk Allah

Jaanibal aisaaru qalbuhul fu’aad
Wa bilaadi hiya bi janbil-yamin

Di sisi kiri adalah jantung hatinya
Dan negeriku berada di sisi kanannya

Laki ya…qudsu salaama wa salaaman ya bilaadii
In rama…baghyus-sihaama, attaqiiha bi fuaadii
Waslami fii kulli hiin

Untukmu, wahai Quds sejahtera, sejahteralah wahai negeriku
Jika musuh menembak dengan peluru, kan ku tahan dengan hatiku
Sejahteralah kau sepanjang masa

RAPAT UMUM 10/01/09

January 12, 2009

10,000 Banjiri Stadium Malawati Suarakan Sokongan Untuk Palestin


Shah Alam, 10 Januari – Kira-kira 10 ribu orang membanjiri Stadium Malawati, Shah Alam bagi mengambil bahagian dalam Rapat Umum Selamatkan Gaza anjuran bersama Aman Palestin dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA). Rapat umum ini diadakan untuk menyuarakan sokongan terhadap rakyat Palestin di Gaza yang tertindas dan melaungkan penentangan terhadap tindakan ganas Israel.

Rapat umum ini menyaksikan para perwakilan daripada parti politik, NGO dan wakil Gaza menyampaikan pidato-pidato yang kesemuanya menyeru umat Islam di Malaysia agar bangun memberikan bantuan dan sumbangan kepada saudara-saudara seIslam di Palestin. Pengerusi Eksekutif Aman Palestin yang juga Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman telah membacakan ‘Deklarasi Rapat Umum Selamatkan Gaza’ yang kemudiannya ditandatangani oleh semua perwakilan.

DEKLARASI RAPAT UMUM SELAMATKAN GAZA!

Penjajahan Israel ke atas Palestin adalah punca kepada segala masalah yang berlaku di Timur Tengah. Ini dikuatkan lagi dengan sokongan Amerika dan sekutunya yang sering menggunakan kuasa Veto untuk menghalang segala resolusi dan ketetapan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Ini menyebabkan rejim Israel tidak mengendahkan segala ketetapan dan resolusi PBB termasuk Resolusi 1860 yang terakhir. Apa yang lebih malang ialah peranan negara Islam yang sehingga kini hanya menggunakan isu ini sebagai alat dalam rundingan politik.

Rapat umum ini meyakini bahawa tragedi yang sudahpun berlarutan selama 15 hari ini, adalah merupakan siri tindakan kejam rejim Zionis dengan sokongan oleh kuasa-kuasa besar dan seolah-olah direstui secara rahsia oleh pemimpin-pemimpin negara Islam untuk mematikan perjuangan suci rakyat Palestin.

Justeru “Rapat Umum Selamatkan Gaza” pada hari ini ingin mengisytiharkan deklarasi berikut :-

1- Bumi Palestin adalah hak mutlak rakyat Palestin dan segala hak mereka wajib dikembalikan secara keseluruhannya.

2- Menjadi hak syarie kepada rakyat Palestin berjuang untuk mendapatkan kembali segala hak mereka berdasarkan kepada undang-undang antarabangsa dan ketetapan-ketetapan PBB.

3- Mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ketenteraan Israel yang telah membunuh ribuan masyarakat awam di antaranya gugur syahid, cedera parah dan cacat terdiri dari kalangan orang-orang tua, dewasa, wanita, remaja dan kanak-kanak serta memusnahkan segala infrastruktur dan kemudahan awam.

4- Menyatakan kekesalan kepada PBB yang sentiasa menjadi alat untuk melaksanakan dan menjaga kepentingan kuasa-kuasa besar.

5- Menggesa negara-negara Islam bersatu dan mengambil tanggungjawab secara ikhlas untuk menyelesaikan masalah ummah berdasarkan tanggungjawab aqidah, syariah, bangsa dan ummah.

6- Menggesa umat Islam seluruhnya menjadikan isu Palestin isu bersama dan melaksanakan agenda untuk mengembalikan Palestin dan menyelamatkan Masjid Al-Aqsa dan Baitul Maqdis dari cengkaman Israel.

7- Menggesa kerajaan negara-negara Islam khususnya Mesir supaya mengambil langkah berkesan dan bersungguh-sungguh untuk menamatkan sekatan ke atas Gaza dan mengembalikan kehidupan yang normal kepada masyarakat Palestin.

8- Menggesa badan-badan perundangan Islam dan Persidangan Negara-negara Islam (OIC) untuk mengambil langkah yang berkesan bagi menghentikan kerakusan Israel dan membawa mereka ke muka pengadilan antarabangsa.

9- Menggesa pertubuhan-pertubuhan, parti-parti politik dan badan-badan NGO melupakan segala perbezaan dan berusaha secara proaktif serta bertindak secara bersepadu, terancang, berkesan dan berterusan untuk menangani isu Palestin.

10- Menggesa negara-negara Islam mengisytiharkan secara rasmi pemboikotan ke atas rejim Israel dari segi diplomatik, ekonomi dan politik ke arah menamatkan penjajahan Israel dan dongengan negara Yahudi yang dibina di atas asas yang rapuh dan palsu.

11- Menggesa supaya semua pihak Palestin kembali ke meja rundingan serta mencari kesepakatan untuk mengatasi sebarang pertelingkahan yang memberi ruang kepada musuh untuk mengeksploitasinya dan meningkatkan tekanan, pencerobohan serta penghinaan ke atas rakyat Palestin.

Penutup

Akhirnya Rapat Umum Selamatkan Gaza menyeru setiap individu Muslim, institusi dan badan (perubatan, bantuan, kebajikan, kewangan dll) melakukan apa sahaja yang termampu oleh mereka seperti memahami dan menerangkan isu Palestin, memboikot barangan yang memberi impak secara langsung di dalam membantu rejim Israel, menyertai bantahan dan demonstrasi mengutuk kekejaman Israel, memberikan sokongan moral, sumbangan kewangan, doa munajat dan sebagainya.

Sekian wassalam mualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

RAPAT UMUM SELAMATKAN GAZA
STADIUM MALAWATI, SHAH ALAM, SELANGOR, MALAYSIA.
SABTU, 10/1/2009.