mari duduk ‘bersembang’, beriman sejenak..
February 17, 2009
moga mereka semua itu dibukakan pintu hati, dilimpahi rahmat dan kasih syg Allah utk lebih mengenal islam =)
hari: setiap khamis
masa: 6-7pm
tempat: executive meeting room
^-^
sgt syg sama mereka semuaa..
moga Allah berkati dan permudahkan jalan..ameen
teringatnya…!
February 14, 2009
baru meng-update2 berita akhawat fillah yang jauh di mata, dekat di hati..
moga akhawat ku kuat dan sentiasa tabah dgn ujian masing2..dgn ikatan ukhuwah inilah sebenarnya menjadi sbhgn dari titik2 kekuatan kita berada di dalam jalan ini..
buat ukhti AH yang tgh sarat mengandung little khalifah, moga kamu diberi kekuatan sokmo2 ;) can’t wait to seeing u tis march..buat ukhti A & H, be strong..! hasbunallahu wani’mal wakeel :) same goes to akhwt2 yang seangkatan dgn nya..(nmpknya ramai la asybal wa zahrawat tis yr :D )
kdg2 masing2 sibuk dgn tugas dan ‘tugas’ masing2, terlupa / tak sempat nk catch up berita masing2..tp kita fhm, masing2 insyaAllah sibuk dgn benda yang kita semua tanggung..^-^..bila dpt call/sms dari akhawat, tgh2 letih pun dah boleh lupa letihnya..ni’mat2..
rindu sama akhawat fillah ^-^
to akhawat di down under sane…mesti tgh sibuk dgn new comers..mad’u tgh datang berduyun2..’’selamat memancing ikan” =) moga Allah permudahkan semuanya..jd kakak yang paling best utk adik2 =)
teringat BBQ di kala2 begini..hehe..jalan2 ngn adik2 baru tgk kengru ngn koala..carik2 rumah baru..belek2 suratkaba carik umah..drive2 gi garage sale..gi pindahkan barang2..drive ute =) gi tolong adik2 enrol..gi bwk dorg pi bukak bank account..masakkan utk adik2..
huu..teringat nya..
DUA BENUA, SATU HATI..
RISALAH INI, KITA TANGGUNG BERSAMA..
WE SHARE A DREAM…
moga kita semua tsabat hingga ke jannah sana..biiznillah..
yes..this is our dreamm..!
”rehlah masyi” di suatu ptg..
February 14, 2009
hehe.. ptg tadik, ada satu incident yang menarik.. big lesson for me..^-^
adik2 sy yang kat shah alam ngn batu pahat tu tiba2 blk tis week..so ptg td, kami 3bradik gi visit adik bongsu yang kat asrama tu, sbb rasa x cukup ‘korem’ kat umah…kami terlewat keluar after asar tu, so rushing2 ke asrama adik..sbb mak kata, asrama adik tutup kul 6..
dah start engine, tgk meter minyak..blink2..minyak dah sgt2 reserved..teringt blk kerja smlm..mmg dah blink2 ..hmm..masing2 reluctant nk masuk rumah blk utk amek kunci kereta lain..dlm hati, sempat kot,iAllah..tp sy da warning adik2 sy awal2, kalo minyak abes, kite same2 tolak kete eh..adik2 sy gelak2 sbb rasa sy main2 kot..
alhmdllah sempat smpai di asrama adik bongsu (tepat2 kul 6..huh)…sembang2 kami 4 bradik..rupenya dia da tunggu lama dah..pas solat asar da ready kat bwh rupanya..sory la adikku..macik guard dah jeling2 kami kat tepi tu sbb dah lewat2 pun still nk dtg..
then, xlama lps tu, kami blk..drive dgn senang hatinya..adik2 sy duk beri arahan kat sy nk pi sini, pi situ..turun bukit, masuk highway, lalu selekoh tajam,naik bukit blk, susur keluar highway blk..pass by satu petrol station, tp en.yahud punyer..sy dgn optimis nyer meneruskan perjalanan..sbb dlm 2km lg, ada station minyak ‘hijau’ kt dpn..
tiba-tiba..gggg..elok2 je btul2 kat tepi highway tu mcm ada kwsn tmpt berehat..enjin mati…battery icon nyala, petrol icon merah..
adik2 sy cuak..sy gelak je..
so, turun lah sy dgn adik A ber-”rehlah masyi” menuju ke arah petrol station..adik D tunggu dlm kete..
smpai di petrol station, kedai tu tadek tong besa..just ada botol2 bekas minyak pelincir yg boleh isi petrol dlm Rm5..tokey tu confident je kate, isi RM5, sempat je nk hidupkan kereta sementara nk ke arah petrol station tu blk..
adik sy dah bising2 dah..sbb kne jalan kaki jauh2..hehe..alhmdllah kereta mati btul2 kat tepi jalan yg ada space x kacau traffic…buatnye mati time nk turun naik bukit td, xleh byg..bila denga centu, adik sy br senyap..
smpai kat kereta blk, tgh2 nk carik idea tuang minyak tu cemana, ditakdirkan, Allah hantarkan org PLUS yg meronda2 kat highway..sy ckp kat adik sy, see..Allah nk tolong kite..alhmdulillah..
dan tgh2 org PLUS tu tolong tuangkn minyak, dtg pulak lg satu range rover PLUS berhenti blkg kete sy..adik sy dah gelak2..sbb rasa mcm kelakar je tgk ramai org nk tolong kami 3bradik yg terstranded kat tpi jalan…
dah isi minyak Rm5 tu, try start engine..hee..minyak xleh nk inject..sbb td btul2 dah kering agaknyer..^-^..alhmdllah dlm range rover PLUS tu ada botol besar..adik sy buat muka lagi (sbb trbyg kena menapak lagi..^_^..) menapak lagi kami ke petrol station tu utk isi minyak lagi..
dipendekkan citer, alhamdulillah kereta da boleh start..tgk jam dah nk kat maghrib, so x jadi lah ke situ ke sini as earlier plan..
utk cover kat parents, b4 blk, pegi la singgah beli food..kang pelik pulak, blk lambat, tp tade bli pape..
hee..kalau parents sy tahu, sure kne ‘bomb’…alhamdulillah adik2 sy fhm..dorg pun rasa kalau parents sy tahu, sy yg akan kne terok ^_^
as usual, adik2 sy salu kata, ”jalan2 ngn kakak ni sure pelik2..” hee..adventurous..
so pengajarannya,
1) before start your journey, check everything ye..dari niat, hinggalah ke semua aspek..
2) setiap kesusahan tu, pasti ada kemudahan..Allah pasti tolong =)
teruskan men-DF adik2 beradik kita..mg mereka semakin positif dgn usaha2 kita dlm menyusuri jalan dakwah ini..
kita..
February 12, 2009
“daie bukanlah segerombolan manusia kamil..tetapi hanya satu masyarakat tarbawi yang berusaha membentuk org di sekitarnya agar menjauhi dosa dan menjadikan mereka insan mulia…apabila kita terlibat dalam da’wah, tak bermakna iman dan ilmu kita telah sempurna..tetapi ia bermaksud kita telah menyerahkan diri kita utk ditarbiyyah dan semoga dgn ini kita telah mengikut manhaj yg sahih…” -ishab-
berjuanglah..berkorbanlah..
February 10, 2009
BERLANDASKAN AL-QURAN DAN SUNNAH
KITA BERSATU BERUKHUWWAH DI ISMA
DENGAN KEIKHLASAN DAN KEJUJURAN
MARI BEKERJA, BERJUANG DAN BERJIHAD
BUKAN MENGEJAR PANGKAT DAN HARTA
BUKAN MENCARI WANG DAN KEKAYAAN
DEMI BERKHIDMAT KEPADA BANGSA
UNTUK MENDAPAT REDHA ILLAHI
TEMAN! DI ISMA KITA JADIKAN
SAUDARA SAHABAT YANG SEJATI
BERSATU TEGUH DAN ISTIQAMAH
MILIKI SIFAT MUKMIN MULIA
ALLAH ALLAH ALLAH
ALLAH ALLAH ALLAHU AKBAR
BERTOLONG BANTU KERANA ALLAH
CONTOHI PERIBADI RASUL
BERJUANGLAH…BERSAMA ISMA
UNTUK AGAMA, NEGARA DAN BANGSA
BERSAMA ISMA KITA BERJIHAD
IKUTI SUNNAH RASUL
BERJUANGLAH…BERKORBANLAH…
MOGA AMAL DITERIMA ALLAH
DALAM IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA
…. MALAYSIA …….
ayuh akhawatku..
February 9, 2009
sebetulnya, sy mengantuk..huhu..jam di pc menunjukkan 114am..tapi audit report harus disemak utk dihantar esok..terlupa nk jenguk kerja ofis lps blk jumaat aritu..baru teringat..
korek2 koleksi dlm pc..terjumpa artikel ini..
moga bermanfaat buat tatapan akhawat fillah..
——————————————————————————————–
Seringkali apabila membaca kisah-kisah tokoh mujahidah di zaman Rasulullah terdetik pelbagai perasaan..masih jauh lagi kita perlu memperbaiki diri untuk mengikuti jejak langkah mereka semua. Perlu tingkatkan zatiyah untuk mengecapi setiap kemanisan di jalan tarbiyyah. Tidak mustahil sebenarnya untuk kita menjadi seperti tokoh-tokoh ini, kerana Zainab Al-Ghazali, Rasa Arrantissi (Ummu Muhammad@ zaujah Asshahid Aziz Arrantissi) sudah muncul pada zaman yang tidak jauh dari zaman..
Memetik kata-kata Rasa Arrantissi ketika ditemuramah oleh wartawan sewaktu perginya Asshahid Aziz Arrantissi yang membenarkan kata-katanya untuk dibedil roket Appache yahudi laknatullah:
“Perasaan yang sama sepertimana isteri lain kehilangan suami.. walaupun saya telah kehilangan suami tetapi saya tidak kehilangan iman dan pendirian saya tehadap Allah s.w.t, maka ini adalah suatu ‘fadlun’ pemberian Allah s.w.t. Setelah beliau keluar dari rumah, beberapa minit kemudian saya terdengar beberapa letupan (tembakan) ketika itu, saya yakin bahawa letupan itu ditujukan kepada suami saya. Beberapa ketika kemudian saya bertambah yakin apabila mendengar radio ‘Suara Aqsa’ pada waktu itu berkumandang azan Isya’, kemudiannya mengumumkan tembakan yang berlaku ke atas kereta beliau, beliau sendiri serta pengiringnya telah syahid. Lidah saya ketika itu mengulang-ulang kalimah Alhamdulillah kemudian saya terus berwudhu’, dan mendirikan solat Isya’. Saya berdoa kepada Allah agar menetapkan pendirian saya dan anak-anak..dan Allah s.w.t sendiri telah memberi jaminan akan memperkenankan doa hambanya apabila berdoa..”Kita semua yakin, tanpa adanya kefahaman yang mendalam tentang Islam ini, kata-kata sebegitu tidak akan mudah terkeluar. Kata-katanya (isteri as-Syahid) menggambarkan kesabaran yang luar biasa dan pendirian yang mengkagumkan. Kesabaran yang luar biasa seperti inilah yang kita semua perlu didik sebati dalam jiwa kerana tanggungjawab kita bukan seperti seorang wanita biasa, namun sebagai seorang yang menjadi tulang belakang dalam pembentukan ummah.
Sesungguhnya untuk kembali menghayati Islam kita perlu kembali kepada proses awal Tarbiyyah Islamiyyah yang dilaksanakan oleh Rasulullah S.A.W dibawah petunjuk Ilahi. Proses tarbiyyah ini perlulah diikuti dalam pembentukan sebuah Ummah Islamiah. Asas untuk memperbaiki Ummah ialah dengan memperbaiki usrah dan permulaan untuk memperbaiki usrah ialah dengan memperbaiki individu yang bergelar wanita.
Ayuh akhawatku…Maralah ke hadapan..Bersyukurlah dengan pemberian hidayah Allah pada fikrah ini.Yakinlah..Selagi kita berpegang pada janji Allah untuk terus mujahadah merentasi segala ujian-ujian dan mehnah-mehnah yang menggugat jiwa, selagi itulah rahmat Allah terbentang luas untuk menguatkan hati-hati kita…
“Barangsiapa yang mengerjakan amal-amal saleh,baik laki-laki maupun wanita sedang ia orang yang beriman, maka mereka itu masuk ke dalam surga dan mereka tidak dianiaya walau sedikit pun.” (an-Nisa’: 124)
“Dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh berbuat yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, melaksanakan solat, menunaikan zakat, dan taat kepada Allah dan Rasulnya. Mereka akan diberi rahmat oleh Allah. Sungguh, Allah mahaperkasa, Maha Bijaksana” (At-taubah: 71)
Allahu’alam..
‘nafas’ kita..
February 9, 2009
alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..
satu pelangi kian nmpk aura nya setelah awan2 mendung sarat berlabuh seketika dulu..sbg seorang yang mengakui dirinya seorang daie, kita mesti meneruskan perjalanan walau mcmana skalipun rintangan menghalang..i was like searching around what’s the main reason of all the ‘puzzles yang bersepah’ in my head for the last few weeks..n Allah did give answers to me..thank you Allah for these such beautiful tests to tarbiyyah me stronger..! refreshed utk terus melangkah di jalan ini..alhamdulillah..
as daie, kita mesti sentiasa muhasabah dan tidak mudah tertipu dgn semangat atau dikaburi dgn the hecticness of aktitivit2 yang insyaAllah sudah menjadi ‘nafas’ kita..for examples..program yang bertubi2 di saban minggu..or usrah yang 2,3jam panjangnya…pegi ke sane, pergi ke situ..
namun on top of these, perlu kita ingt, sejauh mana diri kita terkesan dgn semua ini..atau kita letih fizikal sahaja, tanpa terjana kekuatan rohani kita..jalan ini memerlukan nafas yang panjang..satu perjalanan yang mendidik hati utk terus sentiasa ‘basah’ bersama Allah..ma’rifatullah..n hadir rindu utk bersama2 Rasulullah dan mereka2 yg sudah pun membenarkan janji mereka di jannah sana…
sgt2 mustahil jika kita duk sakan buat2 prog, organise itu ini, tapi melihat kepada graf amal sendiri, tersgt lah constant..ataupun menjunam..na’uzubillah..dan melihat pada relationship kita dgn manusia2 sekeliling seakan wujud atau pun tidak..
ighfirlanaa ya rabb..
istiqamahkan hati kami hingga mata terpejam rapat,kaki melangkah di syurgaMU kelak nanti..
ABC mereka..subhanallah..!
February 5, 2009
Murid Gaza guna abjad luah derita
FATMA Zidane El-Banneh, 8, mangsa bom fosforus ditemani ibunya Azza, kembali ke sekolah Beit Lahiya, Gaza yang musnah dibedil Israel. |
ABC rujuk kepada perang
GAZA: Bagi kanak-kanak yang menjadi mangsa kegilaan Israel mengebom Gaza, perkataan baru untuk disesuaikan dengan abjad semakin biasa dengan mereka dan semuanya menggambarkan apa yang diharungi selama 22 hari.
“A bagi Apache (helikopter tempur), B bagi blood (darah). A untuk apple (epal) dan B bagi ball (bola) tidak sesuai lagi sekarang. C untuk coffin (keranda) dan D bagi destruction (kemusnahan),” kata Shaimaa, 10, pelajar sekolah rendah.
Dalam buku notanya, Shaimaa menulis koleksi sempurna abjad, semuanya berdasarkan serangan besar-besaran rejim Zionis yang meragut lebih 1,350 nyawa termasuk 437 kanak-kanak dan mencederakan 5,450 yang lain.
Menegaskan koleksinya lebih sesuai dengan perbendaharaan kata yang digunakan rakan sekelasnya dalam kehidupan seharian mereka, Shaimaa berkata, abjad baru itu perlu dimasukkan dalam kurikulum sekolah.
Ramai kanak-kanak di Gaza seperti Shaimaa, menghasilkan perbendaharaan kata baru berdasarkan kekejaman yang mereka saksikan sepanjang serangan Israel.
Amal Yunis, seorang guru, tidak melihat koleksi abjad Shaimaa, tetapi berkata ramai kanak-kanak dalam kelas tadika menggunakan perkataan sama.
Dia mengingatkan kembali ketika memasuki kelas sambil memegang gambar epal, bunga dan arnab, dengan harapan warna terang gambar itu dapat menggembirakan pelajarnya.
“Anak-anak, siapa tahu perkataan apa bermula dengan F,” tanya Yunis dan dengan pantas dijawab oleh Amgad: “Saya tahu. Ia adalah ‘F-16′ (pesawat tempur).”
Yunis sedaya upaya meyakinkan Amgad jawapan betul ialah flower (bunga) tetapi sebaliknya terkejut apabila perkataan lain yang dikeluarkan kanak-kanak itu ialah fear (ketakutan), flee (melarikan diri) dan fire (api).
Di seluruh Gaza, kanak-kanak bercakap bahasa baru yang membayangkan pengalaman menakutkan selama 22 hari. – Agensi
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Dunia/20090204234345/Article/indexworld_html
hati itu..
February 5, 2009
hmm..
afwan kpd mereka2 yang risau tentang sy..dpt msg tgh mlm td..ukhti yg begitu concern dgn sy..luv u fillah,ukhtie..jzkk for the tot..nk call blk, tp rasa mcm tatau nk ckp apa..hanya mampu membaca dan melihat hp..afwan jgk pd ukhti yg call ptg smlm..hanya mampu melihat hp juge..huhu..parahnya sy..entah la..sbb dlm kepala mcm2 menda..biarlah hati ini mencari ketenangan dari penciptanya sendiri buat sementara waktu..i’m ok iAllah..Allah knows…Allah knows..Allah knows…He knows every tot that I have..sedang berusaha mengembalikan hati yang tak tahu nk describe mcm mana..mungkin Allah hadirkan perasaan dan conflicts sebegini utk sy bermuhasabah tentang semua benda..berhenti sejenak utk meng-refresh segala niat agar semuanya semata2 utk mendapat redhaNYA dan keberkatan dariNYA utk terus bernafas di muka bumi ini..niat ketika dan ketika…ya Allah, bantu hambaMU ini..ighfirli..ighfirli ya Allah..
huhu..terlalu kecik la sgt masalah sy berbanding dgn masalah2 ummat di luar sana..tapi kenapa rasa dada ini begitu menghimpit sekali..ya rabb..aku kembalikan semuanya pdMU..berikan daku ketenangan…
b4 gi ofis smlm, abah remind sy utk singgah ke masjid H bila blk ptg nanti utk gi buang undi pemilihan AJK masjid baru..huhu..dlm hati, oh la..mengapakah dan apakah..so smlm pegilah ke masjid itu..dgn niat, moge relationship sy dgn parents semakin mekar mewangi dan tertunai sedikit hak mereka..sbb abah lately duk question2 program yg sy pegi..itu ini itu ini..kdg rasa bersalah bila nk keluar..xkeluar hati hancur, duk rumah hati remuk..ya Allah, mana hatiku yang kuat dulu..? it made me feel so bad thinking of this..huhu..xpe2..xbaik fikir buruk2..think positive wahai diri..Allah nk tarbiyyah awk ni..! akhawat2…cuba la jgn emosi sgt..penat dah..
sambung blk kesah di masjid H smlm..sgt sedih sy tgk dari blkg..melihat msyrkt yang zahirnya muslim belaka bergaduh2 di dlm masjid..br sy faham knapa ‘pilihanraya’ terpaksa dibuat utk pemilihan ajk masjid itu..huhu..politik sungguh! sampai pengerusi majlis tu nmpk mcm cuak nk handle majlis..”tuan2, sabar2..jgn la garang2 sgt..” mana x nyer, smpai ada sorg pakcik ni nk gi dpn tunjuk penumbuk, sbb tak pueh hati..aduhai..tp abah citer, mmg dorg btul2 fight utk letak org2 yang layak pegang masjid tu..sampai YB terpaksa gi setiap surau2 utk tgk stand mereka ttng kisah masjid tu…sbb kes ‘pemimpin’ dulu ada buat kes byk..duit kutipan kursus haji yang beribu2 tu lesap ke mana hala tah..pastu byk la lgi seleweng2 lain..huhu…ummati..ummati..ummati..
hey big problems..i have BIG ALLAH..!
i love so much this ayat..sobs..love Allah so much!!
”Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. ” (2:216)
very simple tot yg Allah nk tarbiyyah kita..for sure semua org suka menda yang dia suka..xkesah la amende..tp yg thrillnya, Allah stress dlm quran, Allah nk didik kita mende yg kite tak suka tu lah, yg terbaik utk kita..n vice versa…
hmm..susah jgk kdg bila hadapi dgn realiti..mcm x suka mkn ubat, tp kne mkn gak utk sehat..semuanya Allah shj tahu hikmahnya..Allah kan cipta kita..Allah juga yg cipta hati kita yg penuh emosi ni..so bila hati sakit, kembalikan semuanya pd Allah..muhasabah la di atas apa2 yang terjadi..sobs..ampuni daku ya rabb..
hmm..
dont waste ur time anymore..return to Allah is the best medicine..just go straight n never turn back..refresh the intention, just for Allah’s sake..moga Allah memberkati sy,kamu,dia,mereka dan semuanya……fullstop..
p/s: one thing that cheered up my life smlm b4 nk tido, adik N aka S dah dpt masuk usrah..starting jumaat ni..welcome2 to medan realiti..be strong gal..this medan needs the big heart to face all the big2 problems..we’re not in the ’safe-zone’ anymore..moga kita sama2 mengubah ummah ini..
hey daie, hati jgn sejemput..! (love to quote this from ukhti P)
my great motivation..!
February 5, 2009
لا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي
عَلَى الْحَقِّ ظَاهِرِينَ
لِعَدُوِّهِمْ قَاهِرِينَ
لا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ
إِلَّا مَا أَصَابَهُمْ مِنْ لَأْوَاءَ حَتَّى يَأْتِيَهُمْ أَمْرُ اللَّهِ
وَهُمْ كَذَلِكَ
قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ
وَأَيْنَ هُمْ
قَالَ بِبَيْتِ الْمَقْدِسِ وَأَكْنَافِ بَيْتِ الْمَقْدِسِ
Maksud hadis:
Akan sentiasa ada wujud sekumpulan dari umatku yang terus menegakkan kebenaran dan tegas mendepani musuh. Tidak memudaratkan perjuangan mereka walau dipinggirkan dan dirintangi kesusahan kecuali ujian (Ilahi) sehinggalah datang ketentuan Allah. Mereka akan tetap sedemikian.
Sahabat bertanya “Di mana mereka itu?”
Baginda menjawab “Mereka berada di Baitul Maqdis dan di kawasan sekitarnya”