bagaimana dakwah nabi bermula…
April 26, 2008
Untuk menyelamatkan diri kita daripada terjerumus kelembah kerugian dunia dan akhirat kita perlu percaya kepada bukti-bukti yang telah dimukakan Allah dalam al-Kitab dan di alam maya, kita perlu melakukan kerja-kerja yang soleh, kita perlu nasihat menasihati sesama kita agar sentiasa berpijak di atas kebenaran dan saling menasihati untuk bersabar memikul amanah Allah ini.
Amal Soleh yang paling utama masa kini ialah berusaha dan berjuang membina semula asas ketuanan Islam yang telah dihancurkan oleh Kamal Atartuk. Asas itu adalah manusia yang menyerahkan seluruh jiwa raganya kepada Allah, dengar dan taat tanpa merasa ragu terhadap janji-janji Allah kepada mereka.
Begitulah mulanya nabi s.aw. kita mengatur langkah ketika Islam begitu dagang dan asing ( Islam bemula dalam keadaan asing dan ia akan kembali asing maka beruntunglah orang-orang yang dagang bersamanya)
Ketika itu Islam belum menjadi neraca fikir, sistem hidup tertegak di atas asas asobiyyah, meterialistik dan penguasaan ketua-ketua biara penyembah berhala. Manusia terpaksa berfikir mengikut neraca jahiliyyah yang di warisi sejak turun temurun. Mengubah sikap kepada sesuatu yang baru amat payah.
Islam belum memiliki kuasa politik kerana majoriti pembesar Quraisy tidak beriman. Ketika itu Allah sudah menegaskan matlamat akhir perjuangan nabi ; membawa manusia mentauhidkan Allah, menyempurnakan akhlak-akhlak yang mulia di dalam diri manusia dan membawa rahmat keseluruh dunia..( Rahmatan lil `alamin)
Dakwah nabi bermula dengan menceritakan tugasnya kepada orang-orang yang baginda yakin akan mempercayainya. Berbekalkan keluhuran akhlak didikan Rabbani nabi membawa misinya. Berimanlah Khadijah r.a., Abu Bakar al-Siddiq, Ali bin Abu Thalib, Zaid bin Harithah dan beberapa tokoh besar hasil dakwah Abu Bakar al-Siddiq.
Allah memerintahkan nabi dan para sahabat mengukuhkah hubungan dengan Allah melalui banyak membaca ayat-ayat al-Quran, membersihkan pemikiran daripada kepercayaan khurafat, membersihkan hati daripada hawa nafsu dan dosa, mempelajari hukum-hukum akhlak, cara-cara dakwah nabi-nabi terdahulu dan mengambil hikmah pengajaran daripada sejarah perjuangan mereka.
Rasulullah s.a.w. membina hubungan antara para sahabat atas dasar ukhuwwah dan persaudaraan Islam dan melepaskan mereka daripada ikatan jahiliyyah dan asobiyyah yang menghancurkan. Mereka melupakan apa sahaja latarbelakang mereka ; hamba, bangsawan, miskin, kaya, arab, ajam, tua atau muda semuanya sama disisi Allah melainkan takwa.
Fokus utama nabi di zaman serba lemah ini ialah mengumpul dan membina rijal yang memiliki keutuhan iman dan sanggup mengorbankan apa sahaja yang mereka miliki demi agama Allah ini. Mereka telah mengorbankan masa, harta dan jiwa raga mereka untuk Allah.
فَاصْدَعْ بِمَا تُؤْمَرُ وَأَعْرِضْ عَنِ الْمُشْرِكِينَ
(… Sampaikanlah apa yang kamu diperintahkan (menyampaikannya) dan berpalinglah daripada golongan musyrikin..) Al-Hijr [15:94]
Begitulah dakwah pada hari ini.. dagang.
Kuasa-kuasa politik ditangan generasi yang dididik oleh sistem sekular, sistem itu sendiri adalah sekular dan tidak akan mampu melahirkan generasi rabbani. Sekiranya kita tidak berusaha membina rijal berasaskan sibghatullah sistem yang ada akan terus menjana generasi sekular yang jauh daripada al-Quran.
Apakah kita perlu mengejar kerusi dan tempat di dalam sistem sekular itu jugak walaupun perlu menghabiskan wang berjuta-juta, masa dan tenaga kerana sebuah kerusi yang tidak memberi impak maksima kepada dakwah.
Malangnya tenaga duah yang ikhlas melakukan tarbiyyah, itulah tenaga yang akan di alurkan mengisi tugas-tugas politik yang rapuh kuasanya. Mereka akan kehulu kehilir, siang malam, mengatur strategi untuk dapat kuasa dan ruang bersuara.
Apakah orang-orang yang terdidik dengan fikiran sekular itu akan mendengar bisikan pendakwah dan misinya, kalaupun mereka dengar apakah mereka sanggup memikul pengorbanan untuk Islam? Sedangkan ruang-ruang dakwah, tarbiah, membina rijal masih terlalu luas untuk diusahakan. Malangnya sedikir benar yang sanggup mengusahakannya.
Kenapa begitu.. apakah dakwah, tajmik, tarbiah dan taygyir manusia menjadi Rabbaniyyin itu sudah tidak ralevan lagi? Ataupun itu hanya lahir dari jiwa yang musta’jilun… ingin berkuasa sebelum cukup terbina generasi akarumbi yang banyak. Lalu isu-isu Uluhiyyah, Mulkiyyah sudah bertukar kepada isu kebajikan rakyat yang dizalimi lagi tertindas.
Saya tahu ini adalah strategi untuk dapat kuasa bagi melembutkan hati orang-orang bkan Islam yang masih gerun dengan perkataan kerajaan Islam, hudud dan Qisas. Namun para duah tidak harus lupa asas perjuangan ialah membina rijal .
Kesimpulannya:
Kerja dakwah yang paling utama ketika ini iaalh fokus kepda, dakwah, tajmik dan takwin rijal-rijal yang benar-benar sanggup berkorban apa sahaja untuk agama Allah.
Dakwah membina kesedaran untuk berubah dan menerima bebanan tanggungjawab terhadap Allah. Lalu generasi yang sedar itu dikumpulkan dengan ikatan ukhuwwah dan dibina kemampuan mereka untuk mejadi rijal yang beramal
tarbiyyah..tarbiyyah…tarbiyyah….sy syg pd tarbiyyah!
April 24, 2008
20th April ‘08
Alhamdulillah….satu ni’mat yg tak tehingga…I know that this would the “pelangi” from HIM selepas bermendung dua tiga hari lepas…thank you Allah for granting me this beautiful tarbiyyah..!smlm Allah telah mengizinkan diri ini bersama2 zaujah UAS+little khalifah yg sgt cute!, ukhtie H dan angkatan ikhwah utk membawa delegasi2 “mujahid2 muda” ke Hira’ J yg letaknya hampir ke sempadan negeri menara condong (cube teka negeri apa? ^–^) …boleh dikatakan mcm buat jaulah jadinya semalam…bertolak dari perkarangan sekolah “mujahid2 muda” lebih kurang jam 630ptg, dan smpai ke destinasi hampir 3jam…penuh pancaroba2 menarik yang sudah disusun cantik olehNYA semasa on de way ke sana…dgn hujan lebat yg saya x nampak apa2 di depan(terpaksa pasang hazard lights dgn kelajuan 40kmp), dgn terputus konvoi dgn Ukhtie H setelah terpisah dik pembahagi highway yg berlainan tujuan, dgn berdepan drivers yg mencilok sesuka hati, dgn pembayaran toll yg tidak putus2 rasanya (rasa br 10mins baya toll, pastu ada lagi kat depan..nk kat 6,ke 7 smlm…bumi hadhariku boleh!), dgn cuak sbb crdt hp tgh di ambang nazak, namun alhamdulillah syukur Allah kurniakan pelbagai ni’mat pada diri ini…dan saya yakin “mujahid2 muda” ini mendapat sesuatu dari EDI a.k.a jaulah ke Hira’ J semalam…
First impression masa masuk dewan musolla, barisan speakers di depan adalah ustaz2…bila ditanya pada adik sebelah, “tak lah kak..tu students Hira’ lah”….terlintas di fikiran, subhanallah…mantapnya tarbiyyah adik2 nie…sbb hujah dan kata2 yg disampaikan sgt mantap dan sgt confident dalam menerangkan pengisian pada audience….berbezanya dgn saya yg sedar akan pentingnya tarbiyyah di awal umur 20an…
INNAL ISLAMA HUWAL HAL…!
Islam adalah jalan penyelesaian!
I love this phrase soo much last night…sgt benar…islam adalah jalan penyelesaian bagi semua masalah…sejak keruntuhan khilafah islam, bermcm2 maksiat dan bala bencana yg hadir dalam kehidupan umat islam…back to back, bila kaji sejarah tamadun manusia yang bergelar khilafah Allah ini, sebelum bangkit tamadun yang gah, semuanya bermula dari proses tarbiyyah seorang individu…seven steps yang sangat praktikal…pembinaan individu utk menjadi rijal yang mantap dan kuat dalam segenap segi boleh dijana utk menghasilkan maratib-maratib seterusnya….
Semalam, ada diajukan soalan kpd audience,apa itu rijal-rijal ini? Ada adik yg jwb: “mereka yg setia pada utk bwk beban dakwah dan serahkan diri pada tarbiyyah”…tp jwpn yg diberi oleh speaker sgt simple..”rijal ni dialah paling hebat dlm segalanya2…eg.kalau dalam musolla nie, dialah yg paling hebat beribadah, kalau dalam kelas, dialah paling pandai, kalau dlm tarbiyyah, dialah yang paling mantap..kira paling2 baik dalam segenap segi aspek kehidupan.
“sekecil-kecil benda asas dlm pembinaan sebuah bangunan ialah batu bata”
Sekecil-kecil unit dalam pembinaan tamadun umat manusia adalah individu-individu…
Jom jadi rijal2 yg berkualiti….
To be continued……
24th April ‘08
rasa seperti tergantung coretan ahad lepas..xsempat nk continue tulis….niat hari ahad aritu nk smbg tulis malam tu…pastu xsempat jugak…hari ahad tu jugak, seingt saya, sedang menulis2 coretan di atas, mata mengantuk sgt2..mlm tu tido kul bapa..bertolak dari hira’ J nk kat 1230am…smpai bangi nk kat 230am…smpai bangi, terus gi umah akhwt, join qiyam utk adik2 sekolah..nk cover ngn parents blk lmbt…bukan lmbt sikit2…kalaulah parents tahu sebenar2nya saya ke mana mlm itu, fuhfuh….alhamdulillah Allah mudahkan segalanya…Allah dah atur cantik buat rencana hidup saya aritu…cukuplah mereka tahu saya bersama zaujah ustaz AS pergi ke program islam di sebuah sekolah..buat masa sekarang, agak nahas kalau ku ceritakan segalanya…nanti2lah, diri ini bersabar detik2 utk meluahkan segalanya kpd “dua mad’u” terbesar dlm hidup ini…hasratku ingin melihat keredhaan mereka dalam usaha2 kecilku dalam terus mujahadah utk terus tsabat pada tarbiyyah dan dakwah islam…..seronoknya bila tiba saat itu nanti..! insyaAllah…kena usaha rajin2 DF “dua mad’u” ini…^–^
Esok, lepas office hour, saya kena bergegas ke UIA gombak…sebab apa? Sebab firm saya buat qiyamulail among staff di sana….mak kata, belum pernah dlm hayat dia denga ada firm mcmtu…bila ckp qiyam ni akan diambil attendance utk increment gaji end of year, lagi mak pelik…haha…alhamdulillah…saya bersyukur!
Skrg masih dalam proses fine-tuning alam bekerja dgn peningkatan tarbiyyah diri…of course alam kerja dan alam uni sgt lain…tarbiyyah zaman study boleh kata still ada byk masa walaupun assignment belambak2 ke..pastu pulak duduk di sekeliling biah yg mendidik..akhawat depan mata…nk buat apa, mudah sgt…zatiyah diri terbina cepat bila tgk akhawat meningkat…skrg, kena cari dan kutip semua “bullets” sebanyak mungkin utk bekalan diri…skrg blk kerja da nk maghrib..ade skali tu nk kat kul 9pm smpai umah…hoho…kdg kalo lepas mghrib, terus terlelap…bgn2 tgh mlm…pastu smbung buat keje…tapi, disebalik “hectiness” kerja nie, alhamdulillah, targetku utk membaca quran dan tadabbur ayat-ayatNYA sebaik saja sampai di office dpt di-istiqamahkan…bia sikit, tp consistent…moga Allah memberiku kekuatan utk terus istiqamah lagi smpai bila2 walaupun kecik usahaku…dan sejak dua menjak kne siapkan audit report yg setebal mcm buku2 medic tu, dalam duk tunggang langgang waktu tido, Allah mudahkan utk bgn tahajjud…present from HIM yg sgt precious…!! moga Allah beri daku kekuatan utk terus istiqamah jugak…..dan yg paling best is, roger2 morning wake-up qiyam call dgn adik2 mujahid dan akhwt tersyg continue blk…teringt dulu buat among adik2 singe dan adik bradik di sana…moga Allah sentiasa beri kita peluang2 keemasan utk “special dating” every morning! Mcmana Rasulullah dan para sahabat dulu mendapat sumber kekuatan dari hasil didikan qiyam yg Allah wajibkan selama di Mekah, maka tidak wajarlah kita yg mengaku nk jadi daie illallah di akhir zaman ini lack dari sudut ini…moge kite dpt basahkan jiwa dan hati kite pdNYA……! ya Allah kuatkan hati dan jiwa kami dalam mendokong risalah ini…
Oh ye, baru-baru ini, usiaku bertambah dekat kepada kematian…kalau dulu sambut besday sgt hepy sbb dpt presents…skrg bila besday, tringt umur semakin hampir pd kematian…moga Allah berkati umurku dan kuatkan aku utk terus tsabat dan istiqamah dalam amal2 islam….jgn palingkan hati ini ya rabb!
sblm nk tido nih, teringt kata2 ustaz AZ (sy olah dlm ayat bahase sy),
“tarbiyyah yg berkesan adalah apabila seorang akh/ukhti dpt merasa kebersamaan Allah bersama kita…merasakan malaikat sentiasa memerhatikan kita dan mencatit segala amal baik buruk kita…dan dpt didik diri kita beramal dgn sifat2 mahmudah dan tinggalkan sifat2 mazmumah…dan lagi berjaya tarbiyyah itu apabila kita dpt mendidik mad’u2 kita ke arah kita…itulah pembinaan diri kita yg sepatutnya dicapai apabila berjaya dalam proses pentarbiyyahan…”
cube bygkan kalau setiap individu berjaya dihasilkan sebegitu? wahwah..bessssttnyer..syukur alhamdulillah! tapi hakikat sebenar2nya, itu hanya tercapai apabila diri kita terhasil dari sebahagian manusia2 lain yg terhasil juga dalam proses pentarbiyyahan ini…dan proses itu bersambung hingga…………………………….hatta la takuna fitnah!!!
qul hazihi sabili…!
wahai hati dan jiwa ini…
April 17, 2008
Hari ini tak tahu kenapa rasa sedih…Mengapa?! Perasaan seperti seakan mahu menjerit, tapi itu bukan jalan penyelesaian! Balik office td, drive sgt2 perlahan…memerhati sekeliling mencari-cari jawapan pada pengkhabaran jiwa dan hati pada hari ini….
Adakah sebab dapat negative response from auditees kat office td?
Adakah sebab serabut dgn tuntutan2 kerja audit yg sudah mula byk?
Adakah sebab banyak hak-hak yg tak tertunai?
Adakah sebab terlalu sgt2 rindu pada mereka yg bertahta di hati?
Adakah sebab hatiku sakit?
Adakah sebab jiwaku tenat?
Ya Allah,
Ampunkan daku andai diri ini tersasar dari landasanMU…
Terangi jalan hidupku…
Tunjukkan daku ke jalan yg benar..ke jalan yg KAU redhai…
Ingatkan aku andai diri ini lalai dalam urusan agamaMU…
HANYA KAU MEMAHAMI ISI HATIKU DI SAAT INI….
Masih jauh perjalanan tarbiyyah ini wahai diri…….
Tajdid niatmu sentiasa wahai jiwa…
Teruskan mujahadah wahai hati……………….
Wahai MAHA Pemegang hati dan jiwa ini,
Tenangkan jiwa ini ya rabb……….
Leraikan segala kekusutan2 dalam diri ini….
Wahai sahabat-sahabat fillah,
Andai saya tercicir dari angkatan ini, jgn lupa jerit pada saya!
Heretlah jiwa dan hati ini menuju ke sana juga..
Tarik saya..! saya juga ingin ke sana..!!!!!!!!!!!!!
celupan Allah…
April 14, 2008
Salam my dear,
akak x sempat elaborate more on this ayat..afwan jugak sebab x explain sgt psl ayat nie time kita jumpe brni…but i’ve copied and pasted the discussion from somebody’s blog about the ayat that u asking about…iAllah nnti we talk more about that…miss all of u olredi…..!!
al-baqarah: 138
(2:138)
صِبْغَةَ Dari segi bahasa bererti ‘celupan’. Daripada Abu Dahhak, Ibn Abbas mengatakan bahawa yang dimaksudkan oleh ayat ini ialah agama Allah (Islam).
Kalau nak dihuraikan lebih lanjut lagi, insan itu diwarnai dan dihiasi dengan deen Allah (Islam), hingga segala-galanya pada diri dia tercermin sifat islam.
Nak di’compare’kan dengan hasil Allah (Yang Maha Pencipta), obviously bagai langit dengan bumi.Kesan celupan Allah melengkapi segala ruang luar dan dalam; zahir mahupun batin; iqtikad mahupun amal. Sesuai dengan seruanNya..
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ ادْخُلُواْ فِي السِّلْمِ كَآفَّةً وَلاَ تَتَّبِعُواْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ
Hasil sibghatullah ialah insan yang terbaik. Insan yang lengkap dengan segala kriteria seorang muslim dan mukmin sebagaimana yang disebut dalam kalamNya.. Hatinya bersih, sentiasa ingat pada Allah; fikrahnya jelas, tahu arah tujuan hidupnya; amalnya disempurnakan dan diperbaiki.
Bukannya mudah untuk tergolong dikalangan insan ini. Usaha yang berterusan, mujahadah dan hati yang kental semestinya perlu.
……..
April 10, 2008
sesungguhnya hati ini tersgtlah sayu di saat ini…
saya rindu yg teramat sgt pada anak2 singa saya di sana…
moga kalian membesar dgn sihatnya dalam tarbiyyah dan boleh berjalan perlahan-lahan memahami rentak dan amal dakwah di sana….bila tgk status kat ym td, kenangan2 di oz tergambar2 di fikiran…huhu…
sungguh, saya amat menyayangi ukhuwah dan hidayah yg Allah campakkan di hati ini…
walau kita berjauhan di mata, tapi sebenarnya tersgt dekat di hati…
selagi kita berpegang pada aqidah yg sama, selagi itulah hati kita tertaut…
ummi doakan kalian di sana sentiasa tabah dan sentiasa mujahadah melalui jalan yg kita sama2 pilih ini..!
ingt, jalan kita masih jauh….kalau terjatuh, gagahkan diri bangun…cuba bangun dan terus berjalan kembali…jangan toleh ke belakang lg…walau apa jua badai melanda, walau apa jua ujian yg diuji, jgn kita rasa keseorangan di jalan ini, ingt kita masih ada Allah yg sentiasa bersama2 kita…dan masih ramai lagi tangan2 yg mahu menyambut…
ya Allah, tsabatkanlah hati kami utk terus istiqamah padaMU…jgn palingkan hati kami ya rabb……
Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi (perintah)Mu, bersatu memikul beban dakwahMu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’atMu, maka eratkanlah ya Allah akan ikatannya. Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini. Tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar). Penuhkanlah (piala) hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap. Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman/keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentangMu……
(Jika Engkau mentaqdirkan mati) maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu. Engkaulah sebaik-baik Sandaran dan sebaik-baik Penolong.
Ya Allah, Perkenankanlah permintaan ini.
Ya Allah. restuilah dan sejahterakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga dan para sahabat baginda semuanya.
Protected: jihad!
April 10, 2008
audit versus “audit”
April 8, 2008
Bila terlibat dgn kerja-kerja auditing ni, hari tu terfikir significance di sebalik kerja2 yg dibuat utk bermuhasabah diri supaya kerja2 duniaku tidak mengeringkan hati ini..alhamdulillah….Allah telah menampakkan padaku tentang ini……………..
Tiap2 hari saya pergi ke client’s office utk buat kerja-kerja audit nie…nampak je kesalahan-kesalahan client dlm implement their system…nampak je flaws bila diteliti dgn btul….mcm2 kite nk komen utk improvekan…..
TAPI setiap saat dlm hidup kita ni,kita sebenarnya SENTIASA SEDANG di-audit ngn Allah dan malaikat-malaikat yg tidak pernah ingkar dgn arahan Allah utk memerhati dan memeriksa khalifah2 di bumi ini…huhu…SEMESTINYA Allah dan para malaikat yg mencatat amal soleh dan amal jahat kita LAGI NAMPAK DAN LAGI TELITI DALAM MENG-AUDIT DIRI KITA, INTERNALLY DAN EXTERNALLY..EVERY SECOND, EVERY MOMENT…!
Moga kita sentiasa diberi kekuatan utk terus menjadi hambaNYA yg setia! Perjanjian dgn Allah dan RasulNYA mesti dijaga dlm segenap segi sudut…keikhlasan niat yg diukur pada permulaan setiap amalan…! Tawadhu’ kita dalam setiap amalan…! Mujahadah yg tinggi dalam melawan hawa nafsu dan bisikan2 yg direjam…!
Alangkah indahnya jika kita dapat bersama2 di sana kelak………..bukan hanya setakat di sini…
Masih jauh perjalanan tarbiyyah ini sebenarnya….
Semua memerlukan ketahanan tinggi dan our “battery” must always be charged..!
“…apabila kita terlibat dalam da’wah, tak bermakna iman dan ilmu kita telah sempurna..tetapi ia bermaksud kita telah menyerahkan diri kita utk ditarbiyyah….”
Yes, I’m totally agree..!
Islah nafsak, wad’u ghairak!
-@ B.J, 1314pm, 08/04/08-
saya syg kamu,dia,mereka dan semuanya kerana DIA…..
April 7, 2008
Dan ingatlah kata-kata Saidina Umar kepada sahabatnya: ” Impikanlah” Seorang pemuda berkata: ” Aku mengimpikan jika sekiranya negeri ini dipenuhi dengan emas lalu aku infakkan pada jalan Allah.” Umar berkata lagi: “Impikanlah”. Seorang pemuda berkata: “Aku mengimpikan jika negeri ini dipenuhi dengan batu permata lalu aku infakkan pada jalan Allah.” Umar berkata lagi: “Impikanlah”. Mereka berkata: “Kami tidak tahu apa yang hendak dikatakan wahai Amirul Mukminin” Umar pun berkata: “Tetapi aku mengimpikan rijal seperti Abu Ubaidah bin al Jarrah, Muaz bin Jabal dan Salim, hamba Abu Huzaifah. Lalu aku meminta pertolongan dari mereka untuk meninggikan kalimah Allah”.
Moga kita dpt menjadi seperti rijal2 itu…Mari bersama-samaku BERSABAR dlm menempuhi jalan ini……………………..andai diri ini tercicir, jgn lupa tarik saya!
[awk, sy nk masuk syurga bukan sorg2...nk masuk sama kamu,dia,mereka dan semua sekali.....]
daie-daie yg penat
April 3, 2008
Dalam satu majlis, saya telah dijemput untuk menyampaikan kata-kata penutup kepada ratusan belia lelaki dan perempuan yang usianya sekitar 20–22 tahun. Saya tidak dapat gambarkan ketika itu betapa gembiranya hati ini kerana melihat masih ramai lagi anak-anak muda yang mempunyai kecintaan kepada agama dan sentiasa berjuang menyebarkan fikrah kepada generasi muda yang lain. Mungkin agaknya kerana saya banyak bergaul dengan golongan belia yang sudah hilang nilai-nilai murni agama menyebabkan saya agak tergamam dengan suasana yang ada di hadapan ketika itu.
Namun di dalam hati kecil, saya ada perasaan bimbang tentang masa hadapan mereka 15 atau 20 tahun akan datang. Mampukah bilangan yang mencapai angka 200 orang ini kekal di dalam kancah dakwah atau gugur di tengah jalan ? Ini persoalan yang saya tidak ada jawapan dan tidak berani memberi apa-apa jawapan. Pengalaman peribadi menyaksikan bagaimana begitu ramai da’ie-da’ie yang ketika awal dakwah begitu bersemangat, berkorban siang dan malam, menginfaq harta yang banyak, bibir sentiasa berzikir, fikiran sentiasa berfikir, yang menjadi idola ramai rakan dakwah yang lain. Kini ramai diantara mereka sudah menghilang diri dari persada dakwah. Kadang-kadang saya rasa bingung tentang kenapa perkara ini terjadi? Dimanakah silapnya tarbiyah yang dilalui ? Suara-suara yang dahulunya mampu menghidupkan hati-hati yang mati, menyegarkan mata yang layu, membakarkan semangat yang hampir pudar kini sudah hilang di arus duniawi yang kian sepi. Mereka adalah da’ie-da’ie yang telah penat. Sekali-sekala, semasa saya duduk bersendirian, saya merasa amat sedih mengingatkan akan nasib teman-teman seperjuangan ini terutama apabila membaca ayat Allah swt:
”…dan jika kamu berpaling niscaya Dia akan menggantikan (kamu) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan seperti kamu (ini)” – (47:38)
Kebanyakkan mereka bukanlah orang biasa malah mereka memegang kepimpinan, pencetus kepada kerja-kerja dakwah. Hidup mereka sentiasa di jalanan, hanya pulang ke rumah untuk berehat seketika, kadangkala tidur pun di dalam kenderaan. Sungguh mengkagumkan.
Saya cuba memikirkan, apakah punca kepada keletihan da’ie-da’ie ini? Saya imbau kembali detik-detik perjalanan dakwah satu persatu, tahun ke tahun, peristiwa demi peristiwa, lalu saya merasakan saya sudah berjumpa dengan jawapannya!
Mereka terlalu sibuk mendidik orang lain sehingga mereka lupa untuk mendidik diri sendiri.
Mereka jarang merenung diri, mereka tidak pernah beruzlah dan berzikir, mereka lupa untuk menghisab amalan sendiri. Kalaupun mereka lakukan, ia bukan dibuat dengan penuh kesungguhan. Keghairahan mereka untuk berdakwah tidak setimpal dengan bekalan rohani yang ada. Akhirnya mereka kecundang dengan suasana persekitaran.
Mereka tidak dapat bertahan dengan tuntutan kerja yang semakin menekan, tangisan keluarga yang ingin kerehatan, kehendak peribadi yang tidak pernah kehabisan. Tidak kurang juga mereka yang mempunyai semangat terlalu tinggi dan ghairah untuk mencapai natijah yang cepat hingga mereka mencari jalan yang lain. Mereka bukan tidak faham tetapi mereka hilang kekuatan. Mereka sudah penat. Pengalaman menunjukkan, untuk menghidupkan kembali da’ie-da’ie ini bukanlah satu perkara yang senang apatah lagi mereka ini diistilahkan sebagai ”senior” didalam kancah perjuangan. Mudah-mudahan Allah memberikan petunjuk kepada mereka dan memberikan keampunanNya terhadap ”jasa-jasa” yang telah mereka curahkan di dalam dakwah. Tiada mereka tiadalah generasi baru hari ini.
Kini terus terang saya katakan, apabila saya mendengar ramai da’ie pemuda dan pemudi hari ini begitu sibuk siang dan malam berdakwah sehingga sangat susah untuk cari masa kelapangan, saya tidak lagi kagum seperti dahulu. Ini bukan bermakna saya tidak menghormati mereka malah saya sentiasa berdoa akan kesejahteraan mereka. Mudah-mudahan dakwah akan terus melahirkan manusia-manusia seperti ini. Namun saya ingin memberi peringatan yang keras kepada da’ie-da’ie ini supaya kesibukan saudara jangan sesekali menyebabkan saudara melupai diri sendiri. Perjalanan dakwah ini jauh, rintangannya sangat besar yang mana kadang-kadang dia diluar kawalan kita. Ini semua memerlukan nafas yang sangat panjang, ketahanan diri yang tinggi, persediaan rohani yang mantap serta kefahaman yang jelas. Ingat, Allah tidak akan jemu terhadap hamba-hambaNya tetapi hambaNyalah yang selalu jemu di dalam beribadah. Jangan tertipu dengan aktiviti yang banyak tetapi sebaliknya nilailah setiap aktiviti itu secara tenang dan objektif, mengukur pencapaiannya baik dari segi ilmiah juga peningkatan hubungan saudara dengan Allah. Jika ianya positif maka bersyukurlah tetapi jika sebaliknya maka beristighfarlah dan perbaikilah segera. Saya teringat kata-kata Imam Al Ghazali tentang bagaimana syaitan menggoda orang-orang yang kuat beribadat. Jika gagal menghalang, syaitan akan menyuruh abid itu memperbanyakkan lagi ibadat lalu akhirnya dia merasa bangga dan mula memperkecilkan orang lain yang kurang ibadat! Lalu mereka tejerumus dalam perangkap syaitan.
Moga-moga Allah melindungi da’ie-da’ie ini.
Oleh: Aminuddin Yahaya
http://www.ismaweb.net/ISMA/Article52.phtml
